Thursday, April 2, 2009

we are in april 2009

selamat menyambut bulan april,gua mahu mengucapkan takziah atas sesiapa punya sistem perkomputeran yang telah diserang virus april fool semalam,kalau tak banyak mesti la televisyen tidak menyiarkan berita mengenai virus itu di seluruh dunia semalam. gua bukan nak cerita pasal virus tu,gua bukan juga hendak bercerita mengenai perdana menteri baru yang rakyat malaysia sayangi itu kerana gua sudah bersedia untuk perubahan,naimah cerita mengenai hal-hal yang berlaku kebelakangan ini di PWTC, yea memang tidak sama sekali cerita-cerita itu kurang memberahikan gua.

gua memang minat sup,kecuali sup-sup organ binatang mahupun sup-sup eksotik,ini pasal sup utara. memang sedap la bagi gua,jika kat johor sup sinonim dengan sambal kicap,untuk sup utara ini menggunakan sambal merah. memang A bile kacip same mee kecik,boleh buat gua hirup licin itu mangkuk. setakat makwe lawa macam mane pun tegur gua memang buat tak layan la. gua sorang makan itu sup,sebab pe sorang? sebab gua balik dari rumah orang then rase lapar. duduk di satu sudut di celah-calah ramai orang makan sup gak,kedai tu mmg full,gua tengok kalau budak keje tu sangkut towel mandi buat lap peluh,bukan towel good morning lagi...lu bayang penat dia...

satu pakcik lewat 40an berkemeja,kemas dan bersepatu kilat request mahu duduk table gua sebab orang ramai,dia sorang gua sorang,dia duduk dan gua tetap layan mangkuk gua lagi..dia kelihatan letih entah dari mane,then dia bukak cerita pasal politik dan pemilihan baru,politik wang la..tak layak la...amaran rasuah lagi,kaki penipu, semuanya menuju pasal parti pemerintah. dari riak wajah dan percakapanya seolah-olah dia sudah penat dan hilang kepercayaan lagi,lemah dan lesu. dari tag di leher kelihatan deretan timbang-timbang biru.dan beg yang dibimbit jelas kelihatan dia bukan penyokong pembangkang.

gua hanya dengar dan berdiam diri,selepas abis sup gua,gua lap mulut,gua cakap dengan pakcik tu. sabar yea pakcik...makan sup tu then balik tido,ingatkan keluarga pakcik, mase depan anak-anak yang bersekolah,yea la yang gua tahu percutian di kamunting same sekali tidak indahkan.

7 comments:

Mr Hitler said...

Pakcik tu guna Dokmat kan?!!

2ndCyllinder said...

kesian ko pek..pakcik tu ntah pape la...

alif-mikail said...

kamunting best apa?

berapa saiz bilik?

free tu.. ahaha


er.. koi tak mo..

Mr Hitler said...

Apek apsal tak jawap soalan aku pek?

apek terror said...

mr hitler- x la dia pki kasut biase *gua bukan selalu online en hitler...

second- its ok,doin fine gak..

alif-peh koi pun x nak...

Umie said...

wei...ko pi tolong berkempen utk BG erk... patut la semua di taja...

btw, mmg sup utara sedap.. yeay, idup org utara!!! hahahahaha

apek terror said...

umie- waklu...uish hang utara dari mana?