hari nie gua penat, lepas tengok wayang, lepas tapau chicken cordon bleu gua terus balik mahu tido...selera gua tertutup mahu makan sebab ngantuk..bile gua terjage sudah pukul 8,hujan sudah makin lebat,makanan gua sudah sejuk...campak dalam microwave 3 minit pasti jadi panas..
bile gua masuk bilik gua capai magazine "give me back" baru beli tempoh hari tak abih lagi bace...sebab tu gua bagi kredit kat fanzine-fanzine d.i.y,tak kire ape jua jenis kalau bace mesti seronok rase setiap inci mahu bace,even sekadar tulisan tangan (dulu-dulu),nilai-nilai kemanusian dan isu yang di kupas amat menyeronokan,berbanding majalah-majalah yang hanya penuh dengan gambar-gambar artis bergambar di kolam renang sahaje.
fanzine buatan tempatan ataupun luar tidak menjadi hal,bagi gua medium penulisan dapat melihat dan berkongsi pendapat dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa,agama,dan budaya,gua amat suke membaca pendapat orang lain tentang sesuatu isu,gua suke sangat melihat gelagat dan ragam manusia,dari aspek politik mahupun sosial,bagi gua pemerhatian untuk semua itu adalah unik.
waktu hujan turun dengan lebat,berbekalkan kerusi dan meja berlatarkan lagu "ISIS" gua duduk menghadap tingkap melihat hujan,dan menyambung kembali tumpuan gua pada sekeping majalah tipis ini..column demi column gua lintas,review demi review gua bace...gamba demi gamba gua tengok..tanpa gua sedari sudah satu jam masa berlalu..
perut gua yang sudah on mood untuk makan sudah berkencan,bile gua melangkah ke arah microwave di dapur..gua jadi hampa..cilaker..sebab ayam blue kegemaran gua hangus...gua lupe yang scale timer tu 3 untuk 3 jam bukan 3 minit.
*gua terpakse rahsiakn jenama microwave,kerana gua sedar ini adalah kesilapan gua sendiri
Thursday, January 29, 2009
hati-hati dengan pemanas yang menggunakan gelombang mikro..
Posted by apek terror at 1/29/2009 01:39:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
gua ada satu info pasal transform microwave jadi periuk api.
kecoh!
apek terror yang dah tak terror..hahaha
hehe.
lu ni memang macam2 la pek.
;))
so, bile nak belanje gua ciken cordon bleu ni?
ketagih dah ni.
:D
itu my peberet tuh!... hahah jgn guna microwave selalu boleh mengakibatkan cancer! :)
oh yg aritu lu sms gua ckp lu tengah tenung bintang tu eh? haa kan dah hangus.padan muka.berangan lebih la ni.
hahahha..
selenge lar lu ni.
tipis tepi..
lu beli microwave kat rengit kan?
Lain kali tgk betul2 bro..nasib baik x meletup..x pro tul!!
lu angau ni...
no 20!
lain kali lu pkai hair dryer je panas kan lauk2 tu suma.
takpun lu guna iron je Pek...hohoho
kusyuk sgt la tuh.....mak aihhhh.... ;p
kurangkan penggunaan mikrowave, boleh kener kanser dude~..
mrhafis- waklu gua tak nk la..
sheerna- mane la gua tau,scale dia lain wei...gua malang? tu sbb gua mamai kot..
rambo-siot!!
mrblind- gua mamai time tu,amoi lambai gua buat dek je..
cikenit- boleh tak de hal..relax ok..
fara- peh pebret lu?? beli lain la haha...ok2 thanks..
farah-time tu gua tgh termenung tepi tasik sorang2 lain..
cikbaby-hensem la silap lu nie..
20cylinder-haha..
rajuna- bukan la nie baru lucky draw,kat expo..
aku,dia n kamu- ntah gua mamai macam di pukau...
karkadewa- lu nk ckp..
zairi-gua x de hair dryer la...nti gua beli n try ok...
umie- iron gua dh bikin masak telur la..
meechee-ingt nk ckp hensem sgt tadi..haha..
saya-oh thanks for the tips...
Post a Comment