gua tidak aktif menulis kebelakangan ini disebabkan gua sibuk menghadiri beberapa siri photo shot untuk majalah kerete rally, majalah moutain bike..dan beberapa siri majalah pemandangan diatas bot,semua membutuhkan gua sebagai front cover...keadaan dimane meruntun kepada masalah menguruskan masa yang semakin haru biru...harap maaf.
Wednesday, June 10, 2009
Saturday, April 18, 2009
hak?? salah jika ia dinafikan..
oh gua sedang menjalankan kajian tentang kesedaran hak asasi manusia di malaysia,tentang hak-hak yang sedang dicabuli atau yang bakal dicabuli...semua ini penting bagi menjamin keseimbangan hidup di alaf baru kabinet menteri kesayangan yang baru ini. selama ini masih ramai lagi yang kabur tentang hak sebagai manusia, ape kesedaran sivik? belum cukup bagi masyarakat,kerana sedang lena diulit mimpi akademi fantasia..masih lena mengenakan selimut penipuan dan asyik mendengar omong-omong kosong. jangan silap gua bukan dari mane-mane parti politik,gua hanya mahu tahu kedudukan hak yang selalu digembar-gemburkan.
jika dilihat malaysia yang disayangi ini,memang pesat membangun,pencakar langit sane sini,tetapi harus diingat malaysia bukan dikalangan negara maju lagi..ironinya sangat menyedihkan bukan. cuba bayangkan,jika gua mahu menaiki basikal di MRR2,boleh dikatakn aktiviti ini same seperti kelakuan pengebom berani mati di bali.kemudahan untuk orang yang berbasikal amatlah terhad di negara ini. mungkin pengguna basikal sudah dilupakan dan terlalu ketinggalan zaman pada masa ini. tidak perlu gua bezakan situasi disini dengan london,cukup gua amati kemudahan untuk rakyat disingapura berbanding kemudahan untuk rakyat malaysia. beza memang berbeza..walaupun singapore yang mane asal usul pemimpin mereka dari malaysia sendiri.
dasar liberal and open minded semasa melontarkan sesuatu pendapat yang amat rasional adalah amat perlu sekali,gua boleh terima pendapat semua orang dengan tangan terbuka,gua boleh terima kritikan orang pasal gua...gua tidak membuat keputusan tanpa usul periksa,gua tak kan mengatakan yang pendapat dari orang lain hanya hingusan (*nie kelakar sebab nampak sangat dangkal pemikiran). gua tidak menulis seperti mane azwan ali menulis diblog nya. itu hak dia untuk menulis...siapa gua untuk mempertikaikan hak nya atau memperlekehkan pendapatnya...
Posted by
apek terror
at
4/18/2009 09:20:00 PM
8
comments
Thursday, April 2, 2009
we are in april 2009
selamat menyambut bulan april,gua mahu mengucapkan takziah atas sesiapa punya sistem perkomputeran yang telah diserang virus april fool semalam,kalau tak banyak mesti la televisyen tidak menyiarkan berita mengenai virus itu di seluruh dunia semalam. gua bukan nak cerita pasal virus tu,gua bukan juga hendak bercerita mengenai perdana menteri baru yang rakyat malaysia sayangi itu kerana gua sudah bersedia untuk perubahan,naimah cerita mengenai hal-hal yang berlaku kebelakangan ini di PWTC, yea memang tidak sama sekali cerita-cerita itu kurang memberahikan gua.
gua memang minat sup,kecuali sup-sup organ binatang mahupun sup-sup eksotik,ini pasal sup utara. memang sedap la bagi gua,jika kat johor sup sinonim dengan sambal kicap,untuk sup utara ini menggunakan sambal merah. memang A bile kacip same mee kecik,boleh buat gua hirup licin itu mangkuk. setakat makwe lawa macam mane pun tegur gua memang buat tak layan la. gua sorang makan itu sup,sebab pe sorang? sebab gua balik dari rumah orang then rase lapar. duduk di satu sudut di celah-calah ramai orang makan sup gak,kedai tu mmg full,gua tengok kalau budak keje tu sangkut towel mandi buat lap peluh,bukan towel good morning lagi...lu bayang penat dia...
satu pakcik lewat 40an berkemeja,kemas dan bersepatu kilat request mahu duduk table gua sebab orang ramai,dia sorang gua sorang,dia duduk dan gua tetap layan mangkuk gua lagi..dia kelihatan letih entah dari mane,then dia bukak cerita pasal politik dan pemilihan baru,politik wang la..tak layak la...amaran rasuah lagi,kaki penipu, semuanya menuju pasal parti pemerintah. dari riak wajah dan percakapanya seolah-olah dia sudah penat dan hilang kepercayaan lagi,lemah dan lesu. dari tag di leher kelihatan deretan timbang-timbang biru.dan beg yang dibimbit jelas kelihatan dia bukan penyokong pembangkang.
gua hanya dengar dan berdiam diri,selepas abis sup gua,gua lap mulut,gua cakap dengan pakcik tu. sabar yea pakcik...makan sup tu then balik tido,ingatkan keluarga pakcik, mase depan anak-anak yang bersekolah,yea la yang gua tahu percutian di kamunting same sekali tidak indahkan.
Posted by
apek terror
at
4/02/2009 07:58:00 PM
7
comments
Wednesday, March 25, 2009
melepak bersama tak semestinya hanya bertanye khabar kan..
handphone touch screen gua berbunyi,ade petanda sms,seorang membe lame ajak lepak...darah gua berderau sebab classmate gua nie mmg dh lame gile tak jumpe,yea la kelaskn abih sekolah je masing-masing cari haluan hidup masing-masing,gua pulak bukan suke sangat gathering-gathering sane sini,reunion sane sini....tak ade mase...bukan ape gua malas nak dengar soalan-soalan ape dh kejayaan yang gua capai...hampeh..
seperti yang dijanjikan semalam,mamak popular dikawasan ini,tempat remaja-remaja urban melepak..gua naik moto je kesane,lagipun tu je kenderaan for the day haha...sampai sane gua masih tak nampak membe gua lagi,duduk kasi order "nan cheese mau mayonis atas banjir" tak mau kari...teh o ais satu less sugar..
gua relax hentam makan situ,gua masih menunggu..msg masuk handphone gua "aku dh nak sampai nie 10minit jem la" tetibe semua orang terpaku dengan satu kerete silver cantik dan bertinted gelap gile la..gua tak pasti ape name itu kete..kalau tanye ini orang mesti tau "pipiyapong" dia pakai kete sport. oleh sebab gua malas nk tgk gua tengok tv je..orang meje belakang nie asyik pergh sane...pergh sini....cantik la mahal la...pada gua show off fuckin bastard haha....ini bukan mamak kat doraisamy,ini mamak biase je..wifi pun tak ade lagi...
tetibe gua kene tegur dari belakang,membe gua dh sampai.."ok skirt lu dah makin pendek la rambut sudah potong dh bape lame tak jumpe yea" then kami berbual-bual panjang. dia ade niat mau tarik gua join MLM dia...buat marketing..gua dgr2 endah tak endah je..ramai orang kat situ asyik tengok gua dengan dia,mungkin sbb gua nie charming dan dia gaye pejabat macam tak sempat balik rumah.
last-last gua cakap mau balik,sebab dah boring dgr ceramah,pesan gua last nti kalau gua minat gua contact dia la ok,lepas bayar kiteorg angkat kaki,gua ke moto dia ke kereta. membe gua jalan same ingatkan dia mau antan gua sampai moto,rupenya kete cantik yang parking sebelah moto gua nie kete dia. patut la orang tengok je semacam.._(*&^$$%@$%^*&
Posted by
apek terror
at
3/25/2009 12:05:00 PM
11
comments
